Search Glossary


Glossary


[ A ]   [ B ]   [ D ]   [ F ]   [ H ]   [ I ]   [ K ]   [ M ]   [ Q ]   [ S ]   [ T ]   [ U ]   [ W ]  


A

Al-Quran

Al-Quran ialah “kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang ditulis dalam mashaf, kemudian dipindahkan kepada kita secara mutawatir (perawi yang ramai), tanpa ada keraguan”. Al-Quran menjadi sumber utama rujukan dalam perundangan Islam.

 

Rujukan:

Al-Shawkaniyy, Muhammad bin cAliyy. 1997. Irshad al-Fuhul. Jil. 3. Makkat al-Mukarramah: Maktabah Nazzar Mustafa al-Baz. hlm. 28.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 152.

Al-Sunnah

Al-Sunnah dari segi bahasa ialah “perjalanan, kelakuan atau perangai sama ada baik atau buruk”.

Al-Sunnah menurut istilah ialah, “segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W selain daripada al-Quran sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan”.

Al-Quran menjadi sumber kedua rujukan dalam perundangan Islam.

 

Rujukan:

Al-Shawkaniyy, Muhammad bin cAliyy. 1997. Irshad al-Fuhul. Jil. 3. Makkat al-Mukarramah: Maktabah Nazzar Mustafa al-Baz. hlm. 159.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 161.



B

Batal (al-Batil / al-Butlan)

Batal ialah “suatu perlakuan dan perbuatan yang tidak memenuhi matlamat serta kehendak Syarak dari segi syarat dan rukun”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 51.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 226.

Bidah (al-Bidcah)

Bidah dari segi bahasa ialah “megada-adakan (mereka-reka) sesuatu perkara yang tiada contoh sebelumnya”.

Bidah dari segi istilah ialah “setiap amalan yang baru timbul selepas zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa’ al-Rashidin, sama ada berkaitan dengan iabdah, akidah ataupun adat”.

Bidah terbahagi kepada dua iaitu bidah mahmudah (yag baik) dan bidah mazmumah (yang buruk).

 

Rujukan:

cAtiyyah, cIzzat cAliyy. 1973. al-Bidcah Tawdihuha Wa Mawqif al-Islam Minha. Kaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah. hlm. 195-196.

Al-Shatibiyy, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa. 1913. al-Ictisam. Kaherah: Maktabat al-Tijariyyah al-Kubra.



D

Dawabit Fiqh (al-Dawabit al-Fiqhiyyah)

Dawabit fiqh ialah “prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum yang termasuk dibawahnya beberapa furuc (masalah-masalah fiqh). Namun ia berbeza daripada kaedah fiqh kerana ia menghimpunkan masalah-malsah fiqh daripada satu bab. Manakala kaedah fiqh menghimpunkan masalah-malsah fiqh daripada pelabagai bab”. 

Skop kaedah fiqh lebih lebih luas daripada dawabit fiqh kerana kaedah fiqh tidak tertakluk kepada hanya satu bab, bahkan ia mencangkupi pelbagai bab (bidang).

 

Rujukan:

Al-Suyutiyy, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abu Bakr. 1984. al-Ashbah Wa al-Naza’ir Fi al-Nahw. Jil. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. hlm. 9.

Ibnu al-Najjar, Muhammad bin Ahmad. 1993. Sharh al-Kawkab al-Munir. Jil. 1. Riyad: Maktabat al-cAbikan. hlm. 30.



F

Fasid (al-Fasid)

Jumhur ulama menganggap batal dan fasid merupakan perkara yang sama. Manakala ulama Hanafiyyah menganggap kedua-duanya berbeza dalam bidang muamalat. Batal di sisi ulama Hanafiyyah ialah “Sesuatu kerosakan itu berlaku pada asal dan asas akad yakni pada rukunnya. Ia menyebabkan akad tersebut tidak sah di sisi Syarak”. Fasid pula ialah “Sesuatu kerosakan itu berlaku pada sifat akad yakni pada syaratnya dan bukan pada rukunnya. Akad tersebut itu sah dari satu segi tetapi tidak sempurna”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 51.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 226.

Fatwa (al-Fatwa)

Fatwa dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab iaitu fata yaftu fatwan futya ifta'. Ia bermaksud “menjawab perkara-perkara yang menjadi kemusykilan”, seperti seseorang meminta dengan berkata: “Aku meminta fatwa daripadanya, maka dia pun memberi fatwa”.

Fatwa menurut istilah: “pemberitahuan tentang hukum Allah Taala berdasarkan dalil, kepada orang yang bertanyakannya tentang sesuatu isu yang timbul”.

 

Rujukan:

Ibrahim Najib, Muhammad cIwad. 1975. Al-Qada' Fi Al-Islam. Kaherah: Majmac al-Buhuth al-Islamiyyah. hlm. 10.

Al-Ashqar, Muhammad Sulayman. 1422H/2001M. Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh. cAmman: Dar al-Nafa’is. hlm. 277.

Fiqh (al-Fiqh)

Fiqh dari segi bahasa ialah “mengetahui atau memahami tentang sesuatu”.

Fiqh menurut istilah ialah “mengetahui dan memahami hukum-hukum Syarak yang berkaitan dengan orang yang mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu “ada’ (tunai” atau “qada’ (qada)” dan sebagainya”.

Ilmu fiqh bererti “satu ilmu tentang hukum hakam Syarak yang berbentuk amalan yang diambil daripada dalil-dalil Syarak yang terperinci”.

 

Rujukan:

Al-Jazariyy, Shams al-Din Muhammad bin Yusuf. 1993. Micraj al-Wusul Ila cllm al-Usul. Jil. 1. Kaherah: Matbacat al-Husayn al-Islamiyyah. hlm. 39.

Al-Ghazaliyy, Abu Hamid Muhammad. t.th. al-Mustasfa. Jil. 1. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-cArabiyy. hlm. 4.

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1996. Usul Al-Fiqh Al-Islamiyy. Jil. 1. Dimashq: Dar al-Fikr al-Islamiyy. hlm. 28.



H

Hadis Daif (al-Hadith al-Dacif)

Hadis Daif ialah “hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis sahih dan hadis hasan”.

Hadis daif tidak memenuhi lima syarat kesahihan sesuatu hadis iaitu; persambungan sanad, keadilan perawi, kekuatuan ingatannya, dan tidak ada shazz (pelik) dan tidak ada cillah (perkara yang mencacatkan) padanya.

 

Rujukan:

Ibnu Jamacah, Muhammad bin Ibrahim. 1406H. al-Manhal al-Rawiyy Fi Mukhtasar cUlum al-Hadith al-Nabawiyy. Dimashq: Dar al-Fikr.

Hasan Muhammad al-Mashat. 1996. al-Taqrirat al-Saniyyah Sharh al-Manzumat al-Bayquniyyah Fi Mustalah al-Hadith. Cet. 4. Beirut: Dar al-Kitab al-cArabiyy.

Hadis Hasan (al-Hadith al-Hasan)

Hadis hasan ialah, “hadis yang bersambung sanadnya yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang sedikit ketepatan dan penghafalannya (khafif al-dabt) daripada perawi hadis sahih. Hadis ini juga tidak tidak shazz (pelik) dan tidak ada cillah (perkara yang mencacatkan) padanya”.

 

Rujukan:

Hasan Muhammad al-Mashat. 1996. al-Taqrirat al-Saniyyah Sharh al-Manzumat al-Bayquniyyah Fi Mustalah al-Hadith. Cet. 4. Beirut: Dar al-Kitab al-cArabiyy.

Al-Shakhawiyy, Shams al-Din Muhammad bin cAbd al-Rahman. 1403H. Fath al-Mughith Sharh Alfiyyat al-Hadith. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Hadis Sahih (al-Hadith al-Sahih)

Hadis sahih ialah “hadis yang bersambung sanadnya yang diriwayatkan oleh perawi yang adil lagi tepat dan kuat penghafalannya (dabit) daripada perawi yang sama sifatnya dari awal hingga akhir sanad. Hadis ini juga tidak tidak shazz* (pelik) dan tidak ada cillah** (perkara yang mencacatkan) padanya”.

* Shazz ialah penyanggahan riwayat perawi yang lebih thiqah (dipercayai) terhadap riwayat yang diriwayatkan oleh seseorang perawi lain.

** cIllah ialah perkara yang mencacatkan kesahihan sesuatu hadis.

 

Rujukan:

Ibnu Jamacah, Muhammad bin Ibrahim. 1406H. al-Manhal al-Rawiyy Fi Mukhtasar cUlum al-Hadith al-Nabawiyy. Dimashq: Dar al-Fikr.

Tahir al-Jaza’iriyy al-Dimashqiyy. 1995. Tawjih al-Nazar Ila Usul al-Athar. Jil. 1. Halab: Maktabat al-Matbucat al-Islamiyyah.

Haram (al-Haram)

Haram ialah “perkara yang dituntut oleh Allah kepada mukallaf untuk meninggalkannya dengan tuntutan yang pasti. Ia akan diberikan pahala jika meninggalkannya, dan diazab sekiranya melakukannya tanpa ada uzur syarie”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 34.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 214.

Harus (al-Mubah)

Harus ialah “sesuatu perkara yang diberi pilihan oleh Allah kepada mukallaf samada ingin melakukannya ataupun meninggalkannya. Ia tidak diperintahkan supaya melakukannya atau supaya meninggalkan perkara tersebut”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 38.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 218.



I

Ifta’ (al-Ifta’)

Ifta’ ialah “pemberitahuan atau penerangan tentang sesuatu hukum berkaitan perkara yang berlaku kepada orang yang bertanya”.

 

Rujukan:

Abu Jayb, Sacdiyy. 1998. al-Qamus al-Fiqhiyy Lughatan Wa Istilahan. Dimashq: Dar al-Fikr. hlm. 281.

Al-Himsiyy, Linah. 1996. Tarikh al-Fatwa Fi al-Islam Wa Ahkamuha al-Sharciyyah. Dimashq: Dar al-Rashid. hlm. 390.

Ijmak (al-Ijmac)

Ijmak dari segi bahasa ialah “niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakannya”.

Ijmak menurut istilah ialah “kesepakatan para Mujtahid daripada kalangan umat Islam dalam menetapkan suatu hukum tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah kewafatan Rasululullah S.A.W”.

 

Rujukan:

Al-Baydawiyy, Nasir al-Din cAbdullah bin cUmar bin Muhammad. 1989. Minhaj al-Wusul Ila cIlm al-Usul. Dimashq: Dar Daniyah Li al-Tibacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic. hlm. 281.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 179.

Ijtihad (al-Ijtihad)

Ijtihad dari segi bahasa ialah “menghabiskan, menumpukan dan mencurahkan sepenuh tenaga dalam melaksanakan sesuatu pekerjaaan”.

Ijtihad menurut istilah ialah “menggunakan sepenuh kemampuan dalam memperolehi dan mengetahui hukum syarak dengan cara mengistinbat hukum daripada dalilnya”.

Mujtahid mencurahkan segala kemampuan keintelektualan dalam mengeluarkan pengetahuan mengenai hukum-hukum syarak dengan cara istinbat.

 

Rujukan:

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 372.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm: 410.

Illah (al-cIllah)

Illah ialah “satu sifat yang menyebabkan wujudnya sesuatu hukum”. Ia diistilahkan sebagai pencetus kepada hukum.

 

Rujukan:

Al-Ghazaliyy, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Tusiyy. 1997. al-Mustasfa Min cIlm al-Usul. jil. 2. Beirut: Mu’assasat al-Risalah. hlm. 237.

Ibnu Amir al-Haj al-Hanafiyy. 1999. al-Taqrir Wa al-Tahbir cAla al-Tahrir Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Islam (al-Islam)

Islam dari segi bahasa ialah “tunduk dan taat atau menyerah diri”.

Islam menurut istilah ialah “himpunan apa yang diturunkan oleh Allah Taala ke atas RasulNya Muhammad S.A.W. Ia terdiri daripada akidah, akhlak, ibadat, mumalat dan kisah-kisah yang difahami daripada al-Quran dan Sunnah”.

Islam mempunyai lima rukun iaitu mengucap dua kalimah shahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi sesiapa yang berkemampuan.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1999. Usul al-Dacwah. Cet. 9. Beirut: Mu’assasat al-Risalah. hlm. 11.

Hawa, Sacid. 2004. al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah. hlm. 3.

 

Istihsan (al-Istihsan)

Istihsan dari segi bahasa ialah “menganggap sesuatu itu baik”.

Istihsan menurut istilah ialah “mentarjihkan (mendahulukan) qiyas yang tidak nyata (al-qiyas al-khafiyy) ke atas qiyas yang nyata (al-qiyas al-jaliyy) dengan dalil”.

Antara definisi lain ialah “mengecualikan hukum juz’iyy daripada hukum kulliyy atau daripada prinsip-prinsip umum kerana wujudnya dalil lain yang menyebabkan pengecualian tersebut”.

 

Rujukan:

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1999. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 86.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 230.

Istishab (al-Istishab)

Istishab dari segi bahasa ialah “meminta bersama-sama dan bersahabat”.

Istishab menurut istilah ialah “mengekalkan sesuatu hukum pada masa sekarang berdasarkan hukum yang sudah ada padanya pada masa dahulu kerana tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya. Ia sama ada hukum tersebut dalam bentuk sabit atau nafi”.

 

Rujukan:

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1999. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 113.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 267.



K

Kaedah Fiqh (al-Qawacid al-Fiqhiyyah)

Kaedah Fiqh dari sudut bahasa ialah “asas kepada sesuatu”.

Kaedah Fiqh menurut istilah ialah “prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek. Ia mengandungi hukum umum yang sesuai dan terpakai kepada furuc (masalah-masalah fiqh) yang termasuk di bawah kaedah fiqh itu”.

 

Rujukan:

Al-Suyutiyy, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abu Bakr. 2005. al-Ashbah Wa al-Naza’ir Fi Qawacid Wa Furuc Fiqh al-Shaficiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ismacil Hasan. 2000. al-Qawacid al-Fiqhiyyah al-Khamsah Al-Kubra. Arab Saudi: Dar Ibni al-Jawziyyah. hlm. 24.

Khilaf (al-Khilaf)

Khilaf dari segi bahasa ialah “perselishan pendapat atau pandangan tentang sesuatu perkara”.

Manakala khilaf fiqhiyy ialah “perselishan pendapat para mujtahid tentang masalah fiqh ijtihadiyy yang ketiadaan dalil qatciyy ”.

 

Rujukan:

Sanu, Qutb Mustafa. t.th. Mucjam Mustalahat Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm.45.

Al-Asfahaniyy, al-Husayn bin Muhammad al-Raghib. t.th. al-Mufradat Fi Gharib al-Qur’an. Beirut: Dar al-Macrifah.

Khurafat (al-Khurafah)

Khurafat dari segi bahasa ialah “perkara karut marut yang diadakan oleh seseorang yang rosak akalnya”.

Khurafat dari segi istilah ialah “suatu kepercayaan yang bersifat khayalan (dibuat-buat) yang tidak berasas kepada akidah Islam. Pada kebiasaannya ia berasas kepada warisan datuk nenek yang tidak diketahui sumber asalnya secara pasti. Ia juga dikaitkan dengan pantang larang dan adat tradisi lama sebelum datangnya Islam lagi”.

 

Rujukan:

Al-Shuqayriyy, Muhammad cAbd al-Salam Khedar. 1961. al-Sunan al-Mubtadacat al-Mutacalliqah Bi al-Azkar Wa al-Salawat. Kaherah: Maktabat al-Madaniyy. hlm. 222.

Mahfuz, cAliyy. 1968. al-Ibdac Fi Madar al-Ibtidac. Cet. 6. Kaherah: Makatabah Mahmudiyyah al-Tijariyyah. hlm. 117.



M

Makruh (al-Makruh)

Makruh ialah “suruhan Allah yang menunjukkan kepada arahan untuk meninggalkan sesuatu perkara dengan suruhan yang bukan suatu kemestian. Ia akan diberikan pahala jika meninggalkan perkara tersebut, tetapi tidak diazab sekiranya melakukannya”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 37.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 217.

Manic (al-Manic / Penghalang)

Manic ialah “sesuatu perkara yang jika ia wujud, boleh menghalang sesuatu hukum. Sebaliknya jika tidak wujud manic, tidak semestinya ada hukum atau sebaliknya”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 49.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 222.

Masalih Mursalah (al-Masalih al-Mursalah)

Masalih mursalah dari segi bahasa ialah “sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan”.

Masalih mursalah menurut istilah ialah “sesuatu kepentingan yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak boleh dilaksanakan”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 237.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 158.

Mazhab (al-Madhhab)

Mazhab ialah “pendapat-pendapat seorang Imam daripada Imam-Imam mujtahid dalam perkara-perkara cabang dan juga permasalahan-permasalahan ijtihadiah”.

 

Rujukan:

Sanu, Qutb Mustafa. t.th. Mucjam Mustalahat Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 399.

Mufti (al-Muftiyy)

Mufti dari segi bahasa “orang yang memberikan jawapan kepada persoalan atau perkara yang dikemukakan oleh seseorang”.

Mufti menurut istilah ialah “faqih yang menjelaskan tentang hukum Allah S.W.T terhadap sesuatu isu”. Ia tidak dapat dilakukan oleh seseorang yang tidak berkemampuan untuk mengistinbat hukum daripada sumbernya berdasarkan kaedah-kaedah ijtihad serta dalil-dalil yang ditetapkan.

 

Rujukan:

Sacdiyy Abu Jayb. 1988. Al-Qamus Al-Fiqhiyy Lughatan Wa Istilahan. Cet. 2. Dimashq: Dar al-Fikr. hlm. 281.

Al-Mallah, Husayn Muhammad. 2001. Al-Fatwa Nash’atuha Wa Tatawwuruha Usuluha Wa Tatbiqatuha. Jil. 2. Beirut: al-Maktabat al-cAsriyyah. hlm. 577.

Mustafti (al-Mustaftiyy)

Mustafti dari segi bahasa ialah “orang yang bukan mujtahid, atau seseorang yang bukan faqih”.

Mustafti menurut istilah ialah “orang yang meminta fatwa atau hukum tentang sesuatu masalah daripada mujtahid”. Mereka merangkumi orang biasa dan penuntut ilmu.

 

Rujukan:

Al-Shawkaniyy, Muhammad bin cAliyy. 1997. Irshad al-Fuhul. Jil. 3. Makkat al-Mukarramah: Maktabah Nazzar Mustafa al-Baz. hlm. 869.

Al-Misriyy, Zakariyya cAbd al-Razzaq. 1998. Usul al-Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Mu’assasat al-Risalah. hlm. 257.



Q

Qada’ (al-Qada’)

Qada’ dari segi bahasa ialah “menunaikan sesuatu atau memutuskan sesuatu keputusan”.

Qada’ menurut istilah ialah “menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak atau lebih dengan hukum Allah Taala”.

 

Rujukan:

Al-Sharbiniyy, Muhammad bin Muhammad al-Khatib. 1994. al-Iqnac Fi Hall Alfaz Abi Shujac. Jil. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. hlm. 602.

Al-Bahutiyy, Mansur bin Yunus bin Idris al-Hanbaliyy. 1999. al-Rawd al-Murbic Bi Sharh Zad al-Mustaqnic. Beirut: al-Maktabat al-cAsriyyah. hlm. 481.

Qadi (al-Qadiyy)

Perkataan qadi berasal daripada perkataan al-Qada’. Ia menurut istilah, “orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menyelesaikan pertelingkahan dan memutuskan keputusan terhadap dakwaan-dakwaan antara manusia berpandukan hukum syarak”.

 

Rujukan:

cAliyy Haydar. t.th. Durar al-Hukkam Fi Sharh Majallat al-Ahkam. Jil. 1. Beirut: Maktabat al-Nahdah.

Qawl Sahabi / Mazhab Sahabi / Fatwa Sahabat (Qawl al-Sahabiyy / al-Madhhab al-Sahabiyy / Fatwa al-Sahabah)

Qawl Sahabi / Mazhab Sahabi / Fatwa Sahabat ialah “pendapat ijtihadi dan jawapan hukum daripada para sahabat Rasulullah S.A.W”.

 

Rujukan:

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1999. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 105.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 207.

Qiyas (al-Qiyas)

Qiyas dari segi bahasa ialah “persamaan dan ukuran antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain”.

Qiyas menurut istilah ialah “menyamakan hukum sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan sesuatu perkara yang ada nas tentang hukumnya apabila kedua-duanya mempunyai persamaan pada cillah atau sebab pada hukum”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 194.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 126.



S

Sadd al-Zara’ic

Perkataan Sadd dari segi bahasa bererti “menutup”. al-Zara’ic pula bererti “wasilah atau jalan yang menyampaikan kepada sesuatu perkara”.

Sadd al-Zara’ic menurut istilah ialah “menutup dan menghalang jalan-jalan yang membawa kepada perkara terlarang yang mengandungi kerosakan dan keburukan”.

 

Rujukan:

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1999. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 108.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 181.

Sah (al-Sihhah / al-Sahih)

Sah ialah “suatu perlakuan dan perbuatan yang memenuhi matlamat serta kehendak Syarak dari segi syarat dan rukun”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 49.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 222.

Sebab (al-Sabab)

Sebab ialah “sesuatu perkara yang dengan wujudnya akan menyebabkan wujudnya hukum dan ketiadaannya (sebab) akan menyebabkan tidak wujudnya hukum”.  

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 34.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 214.

Sunat (al-Sunnah / al-Mandub)

Sunat ialah “sesuatu perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan diberikan pahala dan tidak berdosa jika ditinggalkan”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 32.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 212.

Syarat (al-Shartu)

Syarat ialah “sesuatu perkara yang ketiadaannya akan menyebabkan tidak wujudnya hukum dan dengan wujudnya (syarat) tidak semestinya akan menyebabkan wujudnya hukum atau sebaliknya”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 46.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 221.

Syariat Kaum Terdahulu (Sharc Man Qablana)

Sharc Man Qablana ialah “hukum hakam yang disyariatkan Allah pada umat-umat terdahulu. Ia diturunkan melalui nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu untuk disampaikan kepada umat-umat tersebut”.

 

Rujukan:

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1999. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 101.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 175.



T

Tacarud (al-Tacarud)

Tacarud dari segi bahasa ialah “dua perkara yang bertentangan”.

Tacarud menurut istilah ialah “dua dalil yang bertentangan antara satu sama lain pada zahirnya dalam sesuatu masalah. Sebagai contoh yang pertama menyatakan wajib, manakala yang kedua menyatakan haram”.

 

Rujukan:

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 402.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 305.

Talfiq (al-Talfiq)

Talfiq dari segi bahasa merupakan kata nama terbitan (al-masdar) daripada kata kerja (ficil) laffaqa yulaffiqu yang bermaksud mencantumkan. Contohnya mencantumkan dua bahagian kain untuk dijadikan pakaian. Talfiq mempunyai makna yang lebih umum dan tidak terhad kepada pakaian sahaja. Malah, ia membawa maksud mencantumkan apa sahaja.

Talfiq menurut istilah dilihat tidak banyak berbeza dengan makna bahasa, iaitu penggabungan antara dua unsur atau lebih. Ia boleh didefinisikan sebagai “mengamalkan dua pendapat yang berbeza secara serentak atau salah satu daripadanya, dengan mengekalkan kesan yang kedua”.

 

Rujukan:

Ibnu Manzur, Muhammad bin Mukram. t.th. Lisan al-cArab. Jil. 10. Beirut: Dar al-Sadr. hlm. 330.

Sanu, Qutb Mustafa. t.th. Mucjam Mustalahat Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 146

 

Taqlid (al-Taqlid)

Taqlid dari segi bahasa ialah “meletakkan sesuatu ditengkuk”.

Taqlid menurut istilah ialah “mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil tersebut”.

Dalam erti kata lain, taqlid ialah menerima apa sahaja hukum yang difatwakan oleh para ulama mujtahidin tanpa usul periksa atas penilaian ianya adalah merupakan suatu hakikat syarak yang perlu diikuti. Amalan taqlid bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan hukum  islam dan bukanlah sesuatu yang ditegah dalam syariat islam secara total. Malah merupakan amalan majoriti umat islam pada setiap zaman. Perkara berkaitan dengan taqlid ini adalah merupakan realiti dan sesuai dalam kehidupan masyarakat semasa.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm: 410.

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1996. Usul Al-Fiqh Al-Islamiyy. Jil. 2. Dimashq: Dar al-Fikr al-Islamiyy. hlm. 1160.

Tarjih (al-Tarjih)

Tarjih dari segi bahasa ialah “melebihkan sesuatu dan menguatkannya”.

Tarjih menurut istilah ialah “mendahulukan (memilih) dan melebihkan salah satu daripada dua dalil yang bertentangan antara satu sama lain”. Ia juga “menjadikan sesuatu perbuatan itu diutamakan berbanding yang lain”.

 

Rujukan:

Al-Amidiyy, Sayf al-Din cAliyy bin Abu cAliyy bin Muhammad. t.th. al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam. Jil. 4. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Sanu, Qutb Mustafa. t.th. Mucjam Mustalahat Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm.130.



U

Uruf (al-cUrf)

Uruf ialah “setiap perkataan dan perbuatan yang biasa dalam masyarakat yang menjadi adat serta menjadi ikutan dalam kehidupan seharian”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 252.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 164.

Usul Fiqh (Usul al-Fiqh)

Usul fiqh ialah “ilmu yang menerangkan kaedah-kaedah dan perbahasan yang digunakan untuk mengistinbatkan hukum-hukum Syarak yang bersifat amali (perbuatan) daripada dalil-dalil yang tafsiliyy”.

Definisi lain, “mengetahui dalil-dalil (sumber) fiqh secara ijmali, cara-cara berijtihad daripadanya dan keadaan orang yang berijtihad”.

Definisi lain, “ilmu yang mengkaji tentang kaedah-kaedah dan dalil-dalil ijmal (sumber hukum) yang digunakan bagi memetik hukum fiqh”.

 

Rujukan:

Al-Halabiyy, Ibn Amir al-Hajj. t.t. Al-Taqrir Wa al-Tahbir. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. hlm. 38-39.

Al-Zuhayliyy, Wahbah. 1996. Usul Al-Fiqh Al-Islamiyy. Dimashq: Dar al-Fikr al-Islamiyy. hlm.25.

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 11.

 



W

Wajib (al-Wajib)

Wajib ialah “perkara yang dituntut oleh Allah kepada mukallaf untuk melaksanakannya dengan tuntutan yang pasti. Ia akan diberikan pahala jika dilaksanakan, dan diazab jika meninggalkannya tanpa ada uzur syarie”.

 

Rujukan:

Zaydan, cAbd al-Karim. 1990M/1411H. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Amman: Maktabat al-Basha’ir. hlm. 27.

Salqiniyy, Ibrahim Muhammad. 1991. al-Muyassar Fi Usul Fiqh al-Islamiyy. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. hlm. 205.