Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

Pemerkasaan Institusi Zakat Dalam Menangani Keperluan Individu Muflis di Bawah Asnaf Al-Gharimin di Brunei Darussalam

Empowering Zakat Institutions In Handling Individual Needs Of Muflis Under Asnaf Al-Gharimin In Brunei Darussalam

Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Vol. 17 No. 2   (Page 413-445)

  View in JFatwa

Azme Matali (Author)
Azman Ab Rahman (Author)

Abstract

The cause of an individual being declared bankrupt is among the main criteria in determining one’s eligibility to receive zakat under asnaf al-Gharimin. Therefore, not all individuals who have the status of bankruptcy are entitled to zakat as it depends on the leading cause or the cause for debt. The burden borne not only has a negative impact on him, but also the family members. This article aims to examine and identify the three key aspects of addressing individual bankruptcy needs under asnaf al-Gharimin. Firstly, the role and governance of zakat implementers. Secondly, the debt factor and statistics of the zakat and thirdly, application — the action of the Brunei Islamic Religious Council (MUIB) in addressing individual bankruptcy needs. The methodology of this study is qualitative; it uses library research, documentation and interview methods to obtain secondary and primary data related to the objectives of the study. The findings of the study observe that individuals who get bankrupt are given the necessary assistance in settling their debts through zakat money by referring to the guideline and according to the criteria set. This study is expected to provide a positive impact, especially in the more systematic and relevant management in Brunei Darussalam. This study can also be used as an additional reference by authorized parties in Brunei Darussalam, in particular the bodies involved in the collection and distribution of zakat as a whole.

Abstrak

Punca seseorang itu diisytiharkan muflis menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kelayakannya untuk menerima zakat di bawah asnaf al-Gharimin. Oleh itu, tidak semua individu yang berstatus muflis layak menerima zakat kerana kelayakan menerimanya bergantung kepada sebab atau punca hutang. Beban yang ditanggung bukan sahaja memberi impak negatif kepada dirinya, malah ahli keluarga juga turut merasa beban yang sama. Artikel ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti tiga aspek utama dalam menangani keperluan individu muflis di bawah asnaf al-Gharimin. Pertama, peranan dan urus tadbir pelaksana zakat. Kedua, faktor berhutang dan statistik permohonan zakat dan ketiga, tindakan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam menangani keperluan individu muflis. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah perpustakaan, dokumentasi dan temubual bagi mendapatkan data sekunder dan primer berkaitan objektif kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa individu muflis mendapat bantuan sewajarnya dalam menyelesaikan hutang mereka melalui wang zakat dengan merujuk garis panduan dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Kajian ini diharapkan boleh memberikan impak yang positif khususnya dalam pengurusan yang lebih sistematik dan relevan di Brunei Darussalam. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan tambahan oleh pihak-pihak berautoriti di Brunei Darussalam khususnya badan-badan yang terlibat dengan kutipan dan agihan zakat secara menyeluruh.


References

Ala al-Din al-Kharufah. 2018. Aqad Hutang Piutang Menurut Syariat Islam Dan Undang-Undang Sivil. Selangor: Crescent News.

Azme Matali. 2017. Muflis Dalam Pandangan Mazhab al-Shafi’i: Teori dan Praktikal di Negara Brunei Darussalam. UNISSA Press.

Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki. 2013. Panduan Mengira Zakat. Brunei Darussalam: Pusat Dakwah Islamiah.

Garispanduan Tugas dan Tanggungjawab Amil, Jabatan Majlis Ugama Islam. Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, 2007.

Jabatan Hal Ehwal Ugama. 1981. Jabatan Hal Ehwal Ugama 1954-1979. Brunei: Jabatan Hal Ehwal Ugama.

Muhammad Jawad Mughniyah. 2000. Fiqh Lima Mazhab: Ja'fari, Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali. Tajuk Asal: Al-Fiqh 'ala al-Madzhi al-Khamsah. Penterjemah Masykur A.B ed, Cet. 5, Jakarta: Lentera.

Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Ali-al-Syarbaji. 2000. Fiqh Manhaji, Kitab Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i, c. 4, j. 3, Damsyiq: Dar al-Qalam.

Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Ali-al-Syarbaji. 2004. Fiqh Mazhab Syafie. Terj.Ust. Solehan bin Ayub. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn, Bhd.

Noresah Bte Baharom. 2007. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim. 1969. Zakat dan Fitrah di Negara Brunei. Singapura: al-Ahmadiah Press.

Pelita Brunei. 2015. “Tingkatkan Taraf Hidup, Jangan Bergantung Sepenuhnya kepada Zakat”.

Peraturan Zakat dan Fitrah 1969, di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955 (bil. 20, tahun 1955, bil. 4 (1)).

Raziah Md Tahir dan Syarifah Md Yusof. 2014. Status Individu Muflis dalam Asnaf Al-Gharimin. International Journal of Business and Technopreneurship. Volume 4, No. 3, Oct 2014 [477-494].

Religious Council and Kathis Court Act Enactment 1955, (No. 22 of 1955).

Al-Syarbini, Syeikh Muhammad. Mughni al-Muhtaj. Dar al-Fikr, Jil.2, (t.t).

Al-Zuhayli, Wahbah. 1997. Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuhu. c.4, J. 6, Damsyik: Dar Al-Fikr.

Al-Zuhayli, Wahbah. 1999. Fiqh Perundangan Islam, Jil 5, (Terj) Ahmad Shahbari Salamon et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahawa dan Pustaka.

Hj Mohamed Khalid bin Haji Timbol, Ketua Seksyen Kutipan, BAKAZ; Abdul Ishraq bin Haji Ismail, Ketua Unit Siasatan, BAKAZ; Hartina binti Haji Ariffin, Ketua Unit Perancangan dan Penyelidikan; Haji Zakaria bin Haji Ajak, Seksyen Kutipan, Bakaz. Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam. 05 Julai 2018.

Hj Muhammad Fahmi bin Hj Abas, Ketua Unit Pentadbiran, Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat; Hartina binti Haji Ariffin, Ketua Unit Perancangan dan Penyelidikan; Roznehanizah Binti Haji Mohdzar,Ketua Unit Al-Gharmin, Seksyen Kutipan, BAKAZ. Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam. 04 Julai 2019.

Brunei Darussalam, State Judiciary Department. http://judiciary.gov.bn/Statistics%20Document%20Library/Bankruptcy%20-%202016 2018(As%20of%201st%20Nov).pdf. (diakses pada 15 Julai 2019).


URL



  Back   View in JFatwa