Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

The Propogation Of Doctrine Of Deviant Religious Teachings In The Cyber Net

Penyebaran Doktrin Ajaran Sesat Di Alam Siber

Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies vol. 10 no. 1   (Page 42-62)

  View in JFatwa

Noor Raihan Jusidin (Author)
Zuliza Mohd Kusrin (Author)

Abstract

The doctrine of deviant religious teaching is not a new menifestation and is not unnoticed by all parties, even its viral propagation nowdays has tarnished the sanctity of Islam. In Malaysia, the practitioners of this doctrine can be prosecuted and may be sentenced if convicted. The provisions of the law for the offence of dissemination of deviant teaching doctrine is a provision under the Syariah Criminal Offences Enactment in each State. The legal provisions for the offence of dissemination of deviant teaching doctrine is a provision under the Shariah Criminal Offences Enactment in each state. In the state of rapidly evolving techonological means of communication and social media, deviant religious teachings could be propagated more easily. Therefore, this study aims to identify the propagation of doctrine of deviant teaching of Islam among Muslims in Malaysia through social communication media through the channel of  cyberspace. This study uses the method of observation by analysing the dissemination of deviant teachings of Islam through popular social media applications in this era. The method of document analysis is used with reference to the Syariah Criminal Offences Enactment in every State, a list of detailed fatwa concerning deviant teachings and other related documents.  The data collected is analyzed descriptively and thematicly a cult teachings that had been ruled contrary to the flow of the Sunni community by Fatwa States. The research findings found that there are various propagation of several doctrine of deviant teaching of Islam in cyber space  that has been ractified by the Committee of State Fatawa Council as against the teaching of the School of Ahli Sunnah Wal Jamaah. Several of devient teachings such as Millah Abraham @ Ibrahim, Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail bin Kassim (PERAHMAT), Syiah, Raja Bomoh Sedunia is spread out widely in the cyber space through media social application such as facebook, Youtube and blogs.

Keywords: Doctrine, deviant teaching, Islam, cyber space, Shariah criminal offence.

Abstrak

Doktrin ajaran sesat bukanlah satu manifestasi baru dan tidak disedari oleh semua pihak, bahkan penyebarannya yang semakin menular pada hari ini menyebabkan kesucian agama Islam itu sendiri telah tercemar. Di Malaysia, pengamal ajaran sesat ini boleh didakwa dan boleh dijatuhkan hukuman jika disabitkan kesalahannya. Peruntukan undang-undang bagi kesalahan penyebaran doktrin ajaran sesat merupakan peruntukan yang berada di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pada setiap negeri. Dalam keadaan teknologi alat komunikasi dan saluran-saluran media sosial yang semakin pesat, pengembangan ajaran sesat ini dilihat amat mudah untuk berlaku. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis apakah doktrin ajaran-ajaran sesat yang tersebar dalam kalangan orang Islam di Malaysia melalui saluran-saluran media komunikasi sosial di alam siber. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dengan melihat kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut melalui aplikasi-aplikasi media sosial yang popular pada era ini. Kaedah analisis dokumen juga digunapakai dengan merujuk kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri, senarai fatwa-fatwa negeri mengenai ajaran-ajaran sesat dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Hasil kajian yang dianalisis secara deskriptif dan tematik ini mendapati bahawa doktrin ajaran sesat adalah ajaran yang telah difatwakan bercanggah dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Muzakarah Fatwa Negeri-Negeri. Penyebaran dan pengembangan beberapa ajaran sesat seperti Millah Abraham @ Ibrahim, Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas Ismail bin Kassim (PERAHMAT), Syiah, Raja Bomoh Sedunia dan lain-lain didapati berlaku secara berleluasa di alam siber melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Youtube dan laman-laman blog.

Kata kunci: Doktrin, ajaran sesat, Islam, alam siber, kesalahan jenayah syariah.


References

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Abdul Hamid @ Yusoff Yunus. 2006. Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdulfatah Haron Ibrahim. 2010. Ajaran Sesat: Gerakan Sulit Wujudiah-Batiniah di Malaysia. Edisi ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Ridha, Syeikh. 1378H/1959. Mu’jam Matn al-Lughah. Jil.3. Beirut: Dar Maktabah al-Hayat.

Amir Husin Mohd Nor, Muhammad al-Adib Samuri, Muhammad Nazir Alias, Hashim Mehat, Amir Fazlim Yusoff & Mudasir Rosder. 2010. Realiti kesalahan jenayah aqidah di Malaysia: satu sorotan. Dlm. Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff & Muhammad Nazir Alias (pnyt.). Kesalahan Jenayah Syariah Aqidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia, hlm. 67-90. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azimah Misrom, Natasha Nasir, Siti Masliah Mohd Nuri & Rosmawati Mohamad Rasit. 2014. Hak privacy dalam media komunikasi dari perspektif Islam. Dlm. Rosmawati Mohamad Rasit, Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Faisal Ashaari (pnyt.). Dakwah, Media & Masyarakat, hlm. 31-42. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brody E. W. 1990. Communication Tomorrow: New Audiences, New Technologies, New Media.New York: Praeger.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Ajaran Sesat: Mengenali Jalan yang Terpesong. Batu Caves: PTS Islamika.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2009. Ajaran Sesat di Negeri Terengganu. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Darul Iman Malaysia.

Farahwahida Mohd Yusof. 2007. Aliran Kepercayaan: Sejarah dan Perkembangannya di Malaysia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Al-Hamsyari, Muhammad ‘Ali, al-Sayyid, Abu al-Maftuh & Musa, ‘Ali Isma’il. 1418H/1997. Al-Qamus al-Islami li al-Nasyi’in wa al-Syabab. Jil.1. Riyadh: Maktabah al-‘Abikan.

Al-Husayn, Abu Ahmad bin Faris bin Zakariyya. 1994. Mu’jam al-Miqyas fi al-Lughah. Beirut: Dar al-Fikr.

Huzaifah Hadis. 2015. Sorotan historis Syiah secara ringkas. Dlm. Fadhlan Mohd Othman, Huzaifah Hadis, Riza Kamaruddin, Ali Saman Hasan, Abu Qotadah. Shamsudin harun, Idris Sulaiman & Hidayat Syafie (pnyt.). Waspada dengan Syiah, hlm.1-11. Shah Alam: Ilmu Sunnah Dot Com Sdn Bhd.

Ibrahim Deris & Zulfikri Yasoa. 2010. Analisis kesalahan-kesalahan akidah dan matrimoni. Dlm. Zaini Nasohah, Amir Husin Mohd Nor & Mohd Nasran Mohamad (pnyt.). Penguatkuasaan Kes Jenayah Syariah di Malaysia, hlm.1-28. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johana Mohd Taib, Amir Husin Mohd Nor, Muhammad Nazir Alias & Amir Fazlim Yusoff. 2010. Peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah aqidah di Malaysia. Dlm. Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff & Muhammad Nazir Alias (pnyt.). Kesalahan Jenayah Syariah Aqidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia, hlm. 91-136. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Agama Islam Selangor. 2013. Mengenali Ajaran Sesat Melalui Soal Jawab. Shah Alam, Selangor: Penerbit Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Al-Shahrastani, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Abd Karim bin Abi Bakar Ahmad. 1967. Al-Milal wa al-Nihal. T.tp.: t.pt.

Siti Ezaleila Mustafa. 2015. Media Jaringan Sosial: Penggunaan dan Pengaruhnya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Sulaiman bin Ibrahim bin Umar al-Baruhi. 2002. Al-Turuq al-Sufiyyah fi Maliziyya wa Athruha ‘ala al-Da’wah al-Islamiyyah. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

The World Book Encyclopedia. 2006. Jil.4. Edisi 2006. Chicago: World Book.

Zaini Nasohah. 2015. Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam di Malaysia: Lacuna dan Implikasi Penguatkuasaan. Dlm. Md.Yazid Ahmad, Anwar Fakhri Omar & Mohammad Zaini Yahaya (pnyt.). Isu Syariah & Undang-undang Siri 21, hlm. 105-116. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zanirah Mustafa, Maznah Wan Omar, Ahmad Yumni Abu Bakar & Amir Husin Mohd Nor. 2013. Fenomena Ajaran Sesat dan Peruntukan Undang-Undang di Malaysia. Shah Alam: Penerbit PRESS Universiti Teknologi Mara.

Jurnal dan Kertas Kerja Prosiding

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2010. Ajaran Sesat Di Malaysia. Jurnal Peradaban. 3(2010): 1-16.

Jamiah Manap, Mohd Rezal Hamzah, Aizan Sofia Amin, Nurul Nabila Mohd Izani, Fazilah Idris, Salasiah Hanin Hamjah, Noordeyana Tambi, Arena Che Kasim, Norul Huda Sarnon, Salina Nen & Nor Jana Saim. 2016. Penggunaan Dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z. Kertas Kerja International Conference on Social and Economic Development (ICSED) 2016. Anjuran School of Social and Economic Development, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, 1-3 November.

Mohd Farid Mohd Shahran. 2016. Ancaman Akidah Dan Pemikiran Islam Di Alam Siber. Prosiding Seminar Undang-undang Jenayah Syariah di Alam Siber.

Mohd Tamyes Abd Wahid. 2007. Ancaman Ajaran Sesat Terhadap Keharmonian Rakyat Malaysia. Kertas kerja Simposium Dakwah Daerah Klang. Klang, Selangor, 3 Februari 2007.

Novi Kurnia. 2005. Perkembangan Teknologi Komunikasi Dan Media Baru: Implikasi Terhadap Teori Komunikasi. MediaTor 6(2): 291-296.

Shamrahayu A.Aziz. 2016. Pengembangan Doktrin Dan Kepercayaan Bukan Islam Di Alam Siber: Latar Perundangan Di Malaysia. Prosiding Seminar Undang-undang Jenayah Syariah di Alam Siber.

Siti Razmah Idris. 2016. Diayah Di Alam Siber: Ancaman Kepada Kesejahteraan Gaya Hidup Muslim. Prosiding Seminar Undang-undang Jenayah Syariah di Alam Siber.

Akta

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) (Pindaan P.U.(A) 251/2002).

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 Pindaan 1988 (Akta 355).

Enakmen Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (En. 4/92) (Pindaan En. 3/04).

Enakmen Jenayah (Syariah) (Perak) 1992 (En. 3/92).

Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Perlis) 1991 (En.4/93) (Pindaan 2007 En. A11).

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (En. 9/95).

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 (En. 2/85) (Pindaan 1987 En. 4/87).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 (En. 4/97).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (En. 18/2014).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 (En. 3/96)

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 (En. 11/2013).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995 (En. 3/95).

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 (En. 7/01).

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 (En. 6/91).

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) (Selangor) 1988.

Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah (Sarawak) 2001 (Bab 46/2001).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957.

Internet

Ajaran Sesat Tolak Solat Fardhu. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid =1629367017097530&id=155787667788813 (diakses pada 17 November 2017).

Amran Ali. 2016. Sebar Fahaman Syiah Di Laman Sosial. http://www.sinarharian.com. my/mobile/edisi/melaka-ns/sebar-fahaman-syiah-di-laman-sosial-1.572133 (diakses pada 30 Oktober 2017).

Anon. 2016. Sebar Kefahaman Tentang Ancaman Daesh. http://www.utusan.com.my/ berita/wilayah/sebar-kefahaman-tentang-ancaman-daesh-1.372111 (diakses pada 29 Mei 2017).

Bha Ta Mim 114. http://bhatamim114.blogspot.my/2012/08/tapediri-perkembangan. html (diakses pada 21 November 2017).

Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor. http://www.muftiselangor.gov.my /fatwa-terkini (diakses pada 2 November 2017).

Mohamad Razif Mohamad Fuad. 2017. Bayan Linnas siri ke-87: Upacara Perbomohan Yang Dilakukan Oleh Datuk Ibrahim Mat Zin/Raja Bomoh. http://www.muftiwp.gov. my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1510-bayan-linnas-siri-ke-87-upacara -perbomohan-yang-dilakukan-oleh-datuk-ibrahim-mat-zin-raja-bomoh (diakses pada 24 November 2017).

Perahmat Media Broadcast. https://www.youtube.com/channel/UC_0g1KIgYjy4z4IllT ABaIQ (diakses pada 19 November 2017).

Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Melaka. http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/index. php/en/aqidah (diakses pada 2 November 2017).

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Bomoh PAKATAN. https://www.youtube. com/watch?v=iEofj7cuhwE (diakses pada 19 November 2017).

Rozaman Ismail. 2017. Apabila Hidup Dikawal Aplikasi Media Sosial. http://www. utusan.com.my/rencana/utama/apabila-hidup-dikawal-aplikasi-media-sosial-1.534854 (diakses pada 25 Oktober 2017).

Socha, B. & Eber-Schmid, B. 2012. What is the new media? Defining New Media Isn’t Easy. http://www.newmedia.org/what-is-new-media.html (diakses pada 24 Oktober 2017).

Tapediri 65 / Bathamim 114 (Malaysia). https://www.youtube.com/watch?v=qPhAX3Ix BUA (diakses pada 19 November 2017).

Wartawan Sinar Harian. 2017. Media Sosial Ejen Sebar. http://www.sinarharian.com. my/nasional/media-sosial-ejen-sebar-1.685304 (diakses pada 27 November 2017).

Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. http://www.muftins.gov.my/ index.php/arkib2/himpunan-fatwa (diakses pada 2 November 2017).

Kes

Abdul Kahar bin Ahmad lwn Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain [2008] 4 CLJ 309.


URL



  Back   View in JFatwa