Kopi luwak adalah salah satu kopi eksotik yang semakin mendapat tempat di hati penggemar kopi di seluruh dunia. Permintaan pasaran terhadap kopi luwak membawa kepada tindakan pengurungan luwak bagi tujuan penghasilan kopi luwak dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun, penghasilan kopi luwak secara komersil mencetuskan beberapa isu kebajikan luwak. Ia dikurung di dalam sangkar yang sempit dan mengalami tabiat pemakanan yang tidak semula jadi seperti memakan buah kopi sebagai diet utama. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis hukum kopi luwak menurut perspektif halalan tayyiban. Bagi mencapai objektif tersebut kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen dan temubual. Literatur dan maklumat berkaitan kopi luwak menurut perspektif sains dan Islam dianalisis dengan menggunakan metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kopi luwak yang dihasilkan daripada tinja luwak hukumnya adalah halal setelah disucikan kerana ianya bersifat mutanajis dan bukannya najis. Namun begitu, proses penghasilan kopi luwak yang menggunakan metod pengurungan luwak di dalam kandang atau kurungan, dikategorikan tidak tayyiban kerana menjejaskan kebajikan luwak (animal welfare) dan memberi impak negatif kepada ekosistem dalam jangka masa yang panjang disebabkan ancaman kepupusan. Justeru, ia dikategorikan sebagai haram li ghairih sebaliknya kopi luwak yang dihasilkan secara tradisional tanpa melibatkan metod pengurungan luwak dan biji kopi tersebut disucikan daripada najis luwak hukumnya adalah halal dan baik.
A. E. Haarer. 1963. Coffee Growing. London: Oxford University Press.
Abi Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 2002. Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Abi ‘Umar Dubayyan bin Muhammad al-Dubayyan. 2005. Mausu’ah Ahkam al-Taharah. Riyadh: Maktabah al-Rusyd.
Abu Bakar Yang. 2011. Islam dan Pengurusan Serta Pemuliharaan Alam Sekitar. Dlm. Rosmidzatul Azila Mat Yamin (pnyt). Alam Sekitar dan Biodiversiti dari Perspektif Islam. Hlm. 175-176. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ali Amran. 2012. Konsep Adil dan Ihsan Menurut Aqidah, Ibadah dan Akhlak. HIKMAH Vol. 6. No. 2.
Amer Saifude Ghazali. 1997. Manusia dan Alam Sekitar: Hubungannya daripada Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin 5.
Birsen Yilmaz, Nilufer Acar-Tek dan Saniye Sozlu. 2017. Turkish Cultural Heritage: A Cup of Coffee. Journal of Ethnic Foods 4.
Britta Folmer. ed., 2017. The Craft and Science of Coffee. London: Academic Press.
D’Cruze N et al. 2014. What is The True Cost of The World’s Most Expensive Coffee?. Oryx 48. No. 2.
David Macdonal ed. 2009. The Encyclopedia of Mammals. United Kingdom: Oxford University.
G Carder et al. 2016. The Animal Welfare Implications of Civet Coffee Tourism in Bali. Animal Science in the Service of Animal Welfare 25.
H. Koknaroglu dan T. Akunal. 2013. Animal Welfare: An Animal Approach. Meat Science 95 No. 4.
Ibtisam bint Balqasim bin A’idh Ali Samir al-Qarni. 1421. Ahkam al-Hayawan fi Kitabi al-Taharoh wa al-Solah. Disertasi sarjana, Jami’ah Um al-Qura, Arab Saudi.
Ivon Flament. 2002. Coffee Flavor Chemistry. England: John Wiley & Sons LTD.
Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz. 2015. Ihsan dalam Pengurusan Organisasi Islam dalam Makalah, Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
J. Deutsch dan N. Murakhver. t.t. They Eat That? : A Cultural Encyclopedia of Weird and Exotic Food from Around the World.
Juniaty Towaha dan Bambang Eka Tjahjana. 2015. Kopi Luwak Budidaya Sebagai Diversifikasi Produk yang Mempunyai Citarasa Khas. SIRINOV 3. No. 1.
Juniaty Towaha dan Rubiyo. 2016. Mutu Fisik Biji Dan Citarasa Kopi Arabika Hasil Fermentasi Mikrob Probiotik Asal Pencernaan Luwak. Jurnal Tanaman Industri dan Penyegar Vol. 3. No. 2.
Kamarulzaman Hj. Mustappa. 2012. Analisis Hukum: Satu Sorotan Status Kopi Luwak (Musang). Jurnal Penyelidikan 25.
Kannapon Lapetcharat et al. 2016. Relationship Between Overall Difference Decision and Electronic Tongue: Discrimination of Civet Coffee. Journal of Food Engineering 180.
Khairul Anuwar Mustaffaa, Joni Tamkin Borhan dan Mohd Roslan Mohd Nor. 2017. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sebagai Suatu Aplikasi Memenuhi Keperluan Konsep Halalan Tayyiban: Suatu Analisis. Online Journal of Research in Islamic Studies Vol. 4. No. 1.
Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. 2015. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Liang Wei Lee et al. 2015. Coffee Fermentation and Flavor - An Intricate and Delicate Relationship. Food Chemistry 185.
Linda Keeling et al. 2013. Welfare Quality Principles and Criteria. Dlm. Harry Blokhuis et al., (pnyt). Improving Farm Animal Welfare. Hlm. 91-112. Wageningen: The Netherlands Wageningen Academic Publishers.
M Hadipermata dan S Nugraha. 2017. Process Technology of Luwak Coffee Through Bioreactor Utilization. Makalah, IOP Conference Series, Earth and Environmental Science 102.
Massimo F. Marcone. 2004. Composition and Properties of Indonesian Palm Civet Coffee (Kopi Luwak) and Ethopian Civet Coffee. Food Research International 37.
Mohammad Aizat Jamaludin et al. 2012. Aplikasi al-Intiqal dalam Produk Berasaskan Makanan. Makalah, Prosiding National Seminar on Contemporary Fiqh: Issues and Challenges, International Islamic University Malaysia.
Mohammad Aizat Jamaludin. 2013. Istihalah Konsep dan Aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin. 2012. Sumbangan Syeikh Muhammad Arshad B. Abdullah Al-Banjari dalam Fiqh Al-At‘Imah (Makanan) di dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin. Jurnal Al-Tamaddun 7. No. 2.
Mohd Istajib Mokhtar dan Syafiq Munir Ismail Munir. 2017. Revisiting the Fiqh of Halal-Haram Animals: An Analysis on Malaysian Fatwa Relating to Animal Care and Use. (makalah, E-Proceeding International Halal Management Conference (IHMC), Sejong University South Korea.
Mohd Momin Khan. 2012. Khazanah Mamalia Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zaffrie Mat Amin et al. 2016. Persepsi dan Gelagat Pengguna Terhadap Kopi di Malaysia. Economic and Technology Management Review 11a.
Moo-Young M ed. 2011. Origins and Compositional Analysis of Novel Foods: Kopi Luwak Coffee and Birds Nest Soup. Dlm. Comprehensive Biotechnology. Jilid ke-4. Ed. ke-2. Amsterdam: Elsevier.
Muhammad Aizat Jamaludin. Pensyarah, Institut Penyelidikan Halal dan Latihan Antarabangsa (INHART) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 17 November 2017.
Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man dan Mohd Anuar Ramli. 2015. Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko. Jurnal Fiqh No. 12.
Ni Putu Winda Purnama Dewi, Ria Puspa Yusuf dan Nyoman Parining. 2015. Analisis Bauran Promesi Kopi Luwak di UD Cipta Lestari Desa Pujungan Kecamatan Pupuan Kabupaten Tabanan. E-Jurnal Agribisnis dan Agrowisata 4. No. 4.
RA Marlena ed. 2013. Pesona Kopi Luwak. Warta Ekspor Kementerian Perdagangan Republik Indonesia. Juli.
Rahma Yulia, Adek Zamrud Adnan dan Deddi Prima Putra. 2016. Analisis Kadar Kofein Kopi Luwak dengan Variasi Jenis Kopi, Spesis Luwak dan Cara Pengolahan dengan Metoda TLC Scanner. Jurnal Sains Farmasi dan Klinik 2. No. 2.
Reza Gharebaghi et al. 2008. Animal Rights in Islam. Japanese Society for Alternatives to Animal Experiments.
Sastia P. Putri, Udi Jumhawan dan Eiichiro Fukusaki. 2015. Application of GC/MS and GC/FID-Based Metabolomics for Authentication of Asian Palm Civet Coffee (Kopi Luwak). Shimadzu Journal 3.
Siti Radhiah Omar dan Mohd Shahrim Ab. Karim. 2013. Halalan Toyyiba: Perspektif Isu Logo Halal. Dlm. Nurdeng Deuraseh (pnyt). Halalan Tayyiban Perspektif Malaysia. Hlm. 30-60. Serdang: Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia.
Sucipto. 2013. Kopi Luwak. Dlm. Suhaimi Ab Rahman dan Mohammad Aizat Jamaludin (pnyt). Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Hlm. 232-246. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Fernando E. Vega. 2008. The Rise of Coffee. American Scientist 96. No. 2.
Wahbah al-Zuhaily. 1985. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu. Jilid ke-3. Damsyiq: Dar al-Fikr.
Wenny B. Sunarharum, David J. Williams dan Heather E. Smyth. 2014. Complexity of Coffee Flavor: A Compositional and Sensory Perspective. Food Research International 62.
Wilting et al., 2016. Predicted Distribution of The Common Palm Civet Paradoxurus Hermaphroditus (Mammalia: Carnivora: Viverridae) on Borneo. Raffles Bulletin Of Zoology 33.
Bahaya Organ Haiwan Liar. Berita Harian. (27 Disember 2016).
Civets Suffering for Cruel Coffee. http://www.peta.org/features/civets-suffering-cruel-coffee/ (diakses 28 Febuari 2018).
The Truth About Kopi Luwak. http://www.bawabali.com/our-programs/responsible-tourism/kopi-luwak/ (diakses 27 Febuari 2018).
Checking Out Of Cruelty. https://www.worldanimalprotection.org/search?query=kopi+luwak (diakses 20 Disember 2017).
Civet Cat Coffee’s Animal Cruelty Secrets. http://www.bbc.com/news/uk-england-london24034029 (diakses 28 Febuari 2018).
Exotic Coffee is Monkey Business. https:// www.washingtontimes.com/news/2008/jul/24/exotic-coffee-is-monkey-business/ (diakses 19 Mac 2018).
The Improvement of Coffee Beans to Simulate Kopi Luwak. http:// hdl.handle.net/1951/65554. (diakses 20 Febuari 2018).