Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

Institutionalization Of Syafie’s Madzhab Fatwa To Ensure The Well Beings Of Islamic Practices Among The Muslim Community In Kedah

Penginstitusian Fatwa Mazhab Syafie Bagi Menjaga Kemaslahatan Amalan Masyarakat Islam Di Kedah

Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies vol. 12 no. 2   (Page 13-21)

  View in JFatwa

Mohd Hambali Rashid (Author)
Kamarudin Ahmad (Author)
Shukri Ahmad (Author)

Abstract

Islam is a universal and growing religion and is accepted throughout the world because of its universality. As a result of the universality, Islam goes through various discoveries and events. The consequence of each discovery or new event requires a solution from the Islamic legal point.  The fatwa institution is the official organization acting on the law for any question involving the Muslim community. In the state of Kedah, fatwa institution plays the role in helping the Muslim community to understand and address every issue arising from the perspective of Islam. Hence, the objective of this article is to examine the process of fatwa production in the state of Kedah in creating unity of views among the Muslim community, for example the use of Syafie School of Islamic Law in the course of fatwa. This is a library research and in this study, only references related to fatwas and materials issued by mufti offices are used. Based on the result of research from the data obtained either from the point of forming fatwa or fatwa writing, it shows that the fatwa organization plays a role in shaping the unity of Muslims through the fatwa issued. The findings show that almost all the fatwas issued are prioritizing the use of the Syafie School. Thus, it consecutively unites the Muslims from the aspect of practices as well as to the thinking of an issue that arises.


Abstrak
Islam merupakan agama yang bersifat sejagat dan berkembang serta diterima di seluruh pelusok dunia adalah kerana kesejagatannya. Hasil dari sejagatnya itu ia menempuh dan melalui pelbagai penemuan dan peristiwa baru. Natijahnya setiap penemuan atau peristiwa baru itu memerlukan penyelesaian dari sudut hukum syarak. Institusi fatwa adalah organisasi rasmi yang bertindak mencari hukum ke atas setiap persoalan yang melibatkan masyarakat Islam. Di negeri Kedah, institusi fatwa berperanan membantu masyarakat Islam memahami dan mengatasi setiap persoalan yang timbul dari sudut kacamata Islam. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk meneliti proses pengeluaran fatwa di negeri Kedah dalam mewujudkan kesatuan pandangan dalam kalangan masyarakat Islam, umpamanya pemakaian mazhab Shafie dalam urusan fatwa. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan dan dalam kajian ini hanya bahan rujukan berkaitan dengan fatwa dan bahan yang dikeluarkan oleh pejabat mufti sahaja digunakan. Berdasarkan kepada hasil kajian dari data yang diperolehi samada dari sudut kaedah pembentukan fatwa mahupun penulisan fatwa itu sendiri memperlihatkan bahawa organisasi fatwa berperanan dalam membentuk perpaduan umat Islam melalui fatwa yang dikeluarkan. Dapatan menunjukkan hampir keseluruhan fatwa yang  dikeluarkan adalah mengutamakan pemakaian mazhab Shafie. Ini sekaligus dapat meyatukan umat Islam dari sudut amalan dan juga pemikiran terhadap sesuatu isu yang timbul.


References

Abu Bakar Abdullah. 1986. Ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya. Kuala Terengganu: Pustaka Damai.

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 

Ahmad Hidayat Buang. 2004. Fatwa di Malaysia. Universiti Malaya: Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam.

Alias Azhar. 2001. Metodologi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Dalam Mengeluarkan Fatwa-Fatwa: Kajian dari tahun 1985-1995: Tesis Sarjana, Fakulti Syariah, Universiti Malaya.

Buyung Adil. 1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimi S,Q. 1963. Islam Comes To Malaysia. ed. Shirley Gordon. Singapore: Malayan Sosiological Research Institute Ltd.

John Crawfurd. 1877. History of The Indian Archipelago. London: Frank Cass and Co. Ltd., vol. III.

Jurnal Tahunan Perdana dan Kemajuan (1963-1993) Majlis Agama Islam, Alor Setar Kedah, 1995. 

Mohd Daud Bakar. 1997. Instrumen Fatwa dalam Perkembangan Perundangan Islam.

Jurnal Syariah, Jld. 5. Bil.1. hlm.1-1.

Nor Naemah bt. Abd Rahman. 2007. Amalan Fatwa di Malaysia: Antara Keterikatan Mazhab dan Keperluan Tarjih. Jurnal Fiqh, bil 4. hlm.85-102.

Noor Naemah Abd Rahman, Abdul Karim Ali dan Ridzwan Ahmad. 2004. Keterikatan

Fatwa Kepada Mazhab Syafi‟i: Analisis Terhadap FatwaFatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh 2004 (SUFI 2004) 2004.

Othman Ishak. 1981. Fatwa Dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.  Wu Min Aun. 1999. The Malaysian Legal System. Petaling Jaya: Longman.

 

 

Penafian

Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.


URL



  Back   View in JFatwa