In today's era of digital, new media has been increasingly the choice in obtaining transparent and true messages. With the freedom offered through this platform, users are free to access any information without any restrictions. This includes collecting and searching information with regard to religious knowledge. This study proposed that high dependency on new media may influence cognitive, emotion and behaviors of new media users. This is a quantitative study using sample of 30 respondents from the professional and support staff of the public government. The data is analyzed through SPSS version 22.0 using descriptive statistics. The results found that the new media does give significant impact on the emotional, cognitive and behavior of the respondents at moderate and good level. Furthermore, there is balance in the positive and negative influence of new media usage particularly on the practice of Islam. The implications from this study is that it provides significant contribution towards the efforts of religious institutions in Malaysia to improve the validity of the information and restrict the spread of false facts relating to Islam especially in social media.
Abstrak
Media baharu kini semakin menjadi tumpuan untuk mendapatkan mesej yang telus dan benar. Dengan kebebasan yang ditawarkan menerusi platform ini, pengguna bebas memilih untuk mengakses apa-apa maklumat tanpa sebarang sekatan. Kebebasan untuk mendapatkan maklumat termasuklah ilmu agama ini pada hakikatnya telah memberikan pengaruh kepada cara berfikir, emosi dan tindakan pengguna media baharu. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian awal ini dijalankan ke atas 30 orang responden daripada kalangan kakitangan awam profesional dan sokongan yang dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Data-data dianalisis melalui program SPSS versi 22.0 yang menggunakan statistik deskriptif. Hasil tinjauan mendapati bahawa secara keseluruhannya media baharu memberi impak terhadap emosi, kognitif dan tingkah laku responden pada tahap sederhana dan baik. Terdapat keseimbangan dalam pengaruh positif dan negatif daripada penggunaan media baharu ini khususnya kesan terhadap pengamalan agama Islam. Implikasi dari kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan yang signifikan ke arah usaha institusi-institusi keagamaan di Malaysia untuk mempertingkatkan kesahihan maklumat dan menyekat penyebaran fakta-fakta palsu berkaitan Islam khususnya di media sosial.
Al-Quran. Sayyid Qutb. T.th. Tafsīr Fī Zilālil Quran. Tafsir Di Bawah Bayangan Al-Quran. Terj: Dato’ Yusoff Zaky Haji Yacob. 2010. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Ahmad Zahirudin Mohd Zabidi & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2014. Membina Pengisian Berpengaruh Dalam Media Baharu Melalui Penulisan Dakwah. Jurnal AlHikmah 6(2), 2014: 78-90.
Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri Haron & Nik Yusri Musa. 2009. Kebebasan Media Komunikasi Menurut Perspektif Islam. Jurnal Hadhari Bil. 2 (2009) 65-82.
Fadzli Adam, Ab Hamid Ali, Marhana Mohamed Anuar & Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali. 2015. Cabaran Media Baru Sebagai Medium Pembelajaran Agama dan Penyelesaiannya dari Perspektif Islam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Bil. 9 Januari 2015.
Isama-Ae Bin Madiyoh. 2011. Kecenderungan Remaja Islam Terhadap Program Dakwah di Masjid Bandar Puncak Alam Kuala Selangor, Selangor. Tesis Sarjana Muda. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
Jamilah Mohd Noor. 2014. Keberkesanan Pendidikan Akhlak Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Seremban Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Malaya
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. 2015. Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu Di Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 31(2) 2015: 33-46.
Musa Abu Hasan. 2008. Memanfaatkan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Untuk Semua. Siri Syarahan Inaugural. Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia. 15 Ogos 2008. Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Norazleen Mohd Nor, Edwin Michael, Afi Roshezry Abu Bakar, Ira Meilita Ibrahim & Mohd Azmir Mohd Nizah. 2011. Media Baru Dan Demokrasi Di Malaysia: Ke Arah Perpaduan Nasional. Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur. 14-16 Disember 2011.
Nur Aina Mohd. Yaakop, Nor Fatin Halim, Mohd Shauqi Musa & Md Rozalafri Johori. 2013. Tekno-Daie: Peranan & Cabaran Daie Di Alam Maya. Bicara Dakwah kali ke-14. 8hb Oktober 2013. Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM dengan Kerjasama Kumpulan Penyelidikan Dakwah, Kerohanian, dan Pembangunan Islam & Kelab Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM.
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media Baharu Yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia Malaysian Journal Of Media Studies, Vol. 13, No. 2, 2011: 93–110.
Totok Wahyu Abadi, Fandrian Sukmawan & Dian Asha Utari. 2013. Media Sosial Dan Pengembangan Hubungan Interpersonal Remaja Di Sidoarjo. Jurnal KANAL, Vol. 2, No. 1, September 2013. Hlmn 95-106
Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adnan Pitchan. 2017. Media Baharu Dan Institusi Raja Di Malaysia: Kes Penghinaan Raja-Raja Di Media Sosial. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 33(1)2017: 406-422.
Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff & Ahmad Arifin Sapar. 2013. Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. Jurnal O-jIE (The Online Journal of Islamic Education), Januari 2013, Vol 1, Issue 1.