The statutory rape under section 375 (g) of the Malaysian Penal Code refers to the intercourse of a man with a woman under the age of 16 either by the consent of the woman or without her consent. It is also known as underage rape where the element of the woman's consent is considered immaterial in law. However, based on the statistics and reports obtained from the Royal Malaysian Police (PDRM), the vast majority of these statutory rape cases are voluntary and consensual sexual intercourse between teenage couples, supposedly based on love. In fact, according to reports, the age limit of adolescent girls involved in this voluntary sex activity is around 13 to 15 years old, with a majority of whom are Muslim. Hence, it raises questions that need to be considered from the Shariah point of view. This paper aims to examine the consent issue (concept of willingness) and the age limit of adolescent girls contained in statutory rape laws from a perspective of Shariah perspective. A qualitative approach with content analysis study design is used as a methodology of this study. Secondary data that is the law and classical and contemporary Fiqh law has been used in the collection of research data. It is also supported by statistical data obtained directly from interviews with PDRM officers. The data were analyzed thematic and assisted by Atlas.ti software as facilitator tool. The findings show that consent issue and age limits of the girls in statutory rape laws in Malaysia are less relevant to today's developments, even less in accordance with Shariah principles. Therefore, proposals are proposed to harmonize this statutory rape law with Shariah principles for the sake of well-being and to preserve the dignity of women and to care for the offspring (hifz al-nasl).
Abstrak
Rogol statutori di bawah seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan Malaysia adalah merujuk kepada persetubuhan seorang lelaki dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun sama ada dengan kerelaan perempuan tersebut ataupun tanpa kerelaannya. Ia juga dikenali sebagai rogol bawah umur yang mana elemen kerelaan perempuan tersebut dianggap tidak penting di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik dan laporan yang diperoleh dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM), majoriti besar daripada kes rogol statutori ini adalah merupakan kes persetubuhan suka sama suka yang dilakukan secara sukarela antara pasangan remaja, kononnya atas dasar cinta. Malah, menurut laporan, had umur remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti seks sukarela ini adalah sekitar 13 hingga 15 tahun yang majoriti besarnya terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Oleh yang demikian, ia menimbulkan seribu satu persoalan yang perlu difikirkan dari sudut Syariah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep kerelaan dan had umur remaja perempuan yang terkandung dalam undang-undang rogol statutori dari sudut perspektif Syariah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan digunakan sebagai metodologi kajian ini. Data sekunder iaitu peruntukan undang-undang dan kitab klasik serta kontemporari Fiqh telah digunakan dalam pengumpulan data kajian. Ia juga disokong oleh data statistik yang didapati secara langsung daripada temu ramah dengan pegawai PDRM. Data dianalisis secara tematik dan dibantu oleh perisian Atlas.ti sebagai alat pemudah cara. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen kerelaan dan had umur remaja perempuan dalam undang-undang rogol statutori di Malaysia adalah kurang relevan lagi dengan perkembangan zaman pada masa kini, malah kurang menepati prinsip Syariah. Oleh itu, cadangan diusulkan untuk mengharmonikan undang-undang rogol statutori ini dengan prinsip Syariah demi kesejahteraan dan memelihara maruah wanita serta menjaga keturunan (hifz al-nasl).
’Awdah, A. Q. 2005. Al- Tashri’ al-Jinaie al-Islami, Muqaranan bi al-Qanun al-Wad’ie. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Act 574,Penal Code, L. of M. 2014. Penal code.
Al-Jaziri, A. R. bin M. I. 2002. Kitab al-Fiqh ’ala al-Mazahib al-Arba’ah. Beirut, Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-A’rabi.
Al-Zuhayliyy, Wahbah. 2008). Usul al-Fiqh al-Islami. Dimasq, Syria: Dar al-Fikr.
Anita Abdul Rahim. 2012. Jenayah Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ibn Najim, Z. I. M. 1971. Al-Bahr Al-Ra’iq Sharh Kanz Al-Daqa'iq. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah.
Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad, & Noorhasliza Mohd Nordin. 2012. Hamil Luar Nikah dalam Kalangan Remaja. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 131–140.
Law of Malaysia. Act 574, Penal Code, Rape Law, Article §. 2015. Retrieved from http://defensewiki.ibj.org/images/c/cc/Malaysian_Constitution.pdf
Mohamad Ismail Mohamad Yunus. 2015. The Central Issue in the Rape Trial. Kuala Lumpur:
International Islamic University of Malaysia (IIUM) Press.
Royal Malaysian Police (PDRM). 2018). Rape Statistic.
Zaidan, Abd al-Karim. 2006. Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Al-Risalah Publishing House.
Azman Mohd Noor. 2010. Rape: A Problem of Crime Classification in Islamic Law. Arab Law Quarterly, 24, 417–438.
Bazlin Darina Ahmad Tajudin, & Noor Azlan Mohd. Nor. 2013. Social Media and Statutory Rape: A Note from Contigent Police Headquarter (IPK), Kuala Lumpur Malaysia. In Understanding Sociological Issues. Kuala Lumpur: International Islamic University of Malaysia (IIUM) Press.
Che Thalbi bt Md. Ismail, & Aspalella bt A. Rahman. 2014. Statutory Rape Law in Malaysia: The Issue of Consent. Current Law Journal (CLJ), 1(LNS (A) lxv), 1–15.
Haja Mydin Abdul Kuthoos, Noraida Endut, Azman Azwan Azmawati, Intan Hashimah Mohd Hashim, & Nor Hafizah Selamat. 2016. Penerokaan Awal Terhadap Jenayah Seksual Dalam Kalangan Remaja Lelaki Di Malaysia : Satu Kajian Kes Terhadap Remaja Di Sebuah Pusat Pemulihan. In 3rd KANITA Postgraduate International Conference on Gender Studies (pp. 188–200).
Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad, & Noorhasliza Mohd Nordin. 2012. Hamil Luar Nikah dalam Kalangan Remaja. Journal
of Social Sciences and Humanities, 7(1), 131–140.
Nik Rahim Nik Wajis. 1998. Jenayah Rogol di dalam Undang-undang Islam. Jurnal Syariah, 6, 73–80.
Nor Jana Saim, Dufåker, M., & Ghazinour, M. 2014. Teenagers’ Experiences of Pregnancy and the Parents’ and Partners’ Reactions: A Malaysian Perspective. Journal of Family Violence, 29(4), 465–472. https://doi.org/10.1007/s10896-014-9595-4
Norhawanirwana Habidin, Mohd Yusof Abdullah, & Mohd Azul Mohamad Salleh. 2016. Online Pornography on Smartphones amongst the Teenage Juvenile. Humanities and Social Sciences Review, 06(01), 355–366.
Act 574, Penal Code, Law of Malaysia (2014). Penal code.
Law of Malaysia. Act 574, Penal Code, Rape Law, Article § (2015). Retrieved from http://defensewiki.ibj.org/images/c/cc/Malaysian_Constitution.pdf.
Harits Asyraf Hasnan. 22 Oktober 2018. “4,000 Remaja Bawah 18 Tahun Hamil Setahun”. Astro AWANI. <http://www.astroawani.com/berita-malaysia/4-000-remajabawah-18-tahun-hamil-setahun-188916>
n.a. 10 September 2016. “3,980 Remaja Hamil Anak Luar Nikah”. Utusan Online. <http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-980-remaja-hamil-anak-luarnikah-1.380841>
n.a. 2 Februari 2016. “Tujuh Kes Rogol Bawah Umur Setiap Hari”. Utusan Online. <http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tujuh-kes-rogol-bawah-umursetiap-hari-1.185859>
Sophia Ahmad. 13 September 2016. “159,725 Anak Tak Sah Taraf Didaftar Sejak 2013: JPN”. BH Online. <https://www.bharian.com.my/node/192319>
Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.