Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

Aplikasi Konsep Wakalah dalam Pembayaran Zakat Simpanan: Kajian di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

An Application of Wakalah concept In Payment of Zakat for Saving: A Study at Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Vol. 17 No. 2   (Page 333-354)

  View in JFatwa

Norazira Sharif (Author)
Hairunnizam Wahid (Author)

Abstract

Zakat has played an important role in the socio-economic development of Muslims to reduce income and wealth inequality among the people of a country. The contribution of zakat for savings to the total amount of zakat collected by the zakat institution is still relatively small compared to the collection of income on zakat. The importance of paying zakat among Muslims, especially in term of zakat for saving has been previously debated and various programs have been implemented by the zakat institution to ensure that they are able to carry out their responsibilities by paying zakat. In providing Shariah-compliant products, BIMB has partnered with the zakat institution to assist them to increase the amount of zakat for savings. The research question is to what extent Islamic banking institutions can play a role in helping zakat institutions to increase the amount of zakat in savings. This study is important because there are not many studies related to these aspects, especially the role of Islamic banks in increasing the amount of zakat on savings. The objective of this study is to explore the mechanism that BIMB has put in place to implement the zakat on savings and investment on behalf of the depositors by using the concept of wakalah between depositors and banks. This study has referred to several BIMB reports and unpublished reports to investigate all these aspects. This study found that a comprehensive mechanism do exist for BIMB's role in acting as a representative (al-wakil) in paying zakat on savings on behalf of the client (al-mutawakkil). Several suggestions and policy implications are also discussed in this study.

Abstrak

Zakat telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam untuk memastikan kesaksamaan serta mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan dalam kalangan rakyat di dalam sesebuah negara. Sumbangan zakat simpanan daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat dilihat masih lagi secara relatifnya kecil berbanding kutipan zakat pendapatan. Kepentingan membayar zakat terutamanya zakat simpanan telah lama diwar-warkan dan pelbagai program telah dijalankan oleh pihak yang berwajib bagi memastikan golongan yang mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat. Dalam menyediakan produk patuh syariah Bank Islam telah berkerjasama dengan pihak zakat bagi membantu meningkatkan jumlah kutipan zakat simpanan. Persoalan kajian ialah sejauhmanakah institusi perbankan Islam boleh berperanan membantu pihak institusi zakat meningkatkan jumlah kutipan zakat ke atas simpanan. Kajian ini adalah penting kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan aspek perbankan Islam yang turut sama berperanan meningkatkan jumlah kutipan zakat ke atas simpanan. Objektif kajian ini dilakukan untuk melihat mekanisme yang telah dilancarkan oleh pihak BIMB bagi membayar zakat simpanan dan pelaburan bagi pihak pendeposit mereka menggunakan konsep wakalah di antara pelanggan dan bank. Kajian ini merujuk kepada beberapa laporan Bank Islam dan laporan yang tidak diterbitkan untuk meneliti aspek tersebut. Kajian ini mendapati telah wujud satu mekanisme yang komprehensif peranan BIMB dalam bertindak sebagai wakil (al-wakil) dalam membayarkan zakat ke atas simpanan bagi pihak pelanggan (al-mutawakkil). Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dijelaskan dalam kajian ini.


References

Atiah Ahmad & Hairunizam Wahid 2017. Kontrak Wakalah Dalam Agihan Zakat: Kajian Di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam seminar PERKEM 2017. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bank Islam Malaysia Berhad. 2018. Bank Islam: Laporan Tahunan Bersepadu 2018. Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad

Choudhury, Masudul Alam & Sofyan Syafri Harahap. 2008. Interrelationship between Zakat, Islamic bank and the economy. A theoretical exploration.

Farah Mastura Noor Azman & Zainol Bidin. 2015a. Determinants of attitude toward zakat on saving. Australian Journal of Basic and Applied Sciences

Farah Mastura Noor Azman & Zainol Bidin. 2015b. Factors Influencing Zakat Compliance Behavior on Saving. International Journal of Business and Social Research, 5(1): 118-128

Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad. 2009. Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: UPENA

Hairul Azlan Annuar, Saiful Azhar Rosly & Hafiz Majdi Abdul Rashid. 2004. Al Wakalah and Its Impact on the Growth and Performance of Takaful Companies: A Malaysian Case. The European Journal of Management and Public Policy. 3(1): 84-119

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Dalam Seminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/2009. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Laporan tahunan zakat PPZ-MAIWP. 2018. Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Naqib Hamdan. 2017. Isu Kutipan Zakat Tanpa Kebenaran: Kajian Dari Perspektif Perundangan Syariah. Terbitan ACIS UITM Shah Alam.

Mohd Syukri Mohd Noor, 2013. Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan aplikasinya dalam industri takaful di Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor. Masters thesis, University of Malaya

Mohd Yusof Ismail, Hairunizam Wahid & Zulkefly Abdul Karim. 2016. Pengagihan Zakat Perubatan Di Malaysia: Peranan Bank Rakyat. Dalam CMIEF 2016. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh. 2006. Penyetempatan pengagihan zakat: Satu cadangan teoritis dalam zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhsin Nor Paizin. 2014. Perlaksanaan Zakat Di Wilayah Persekutuan: Satu pemerhatian terhadap operasi kutipan & agihan zakat: Kajian di Malaysia

Sudin Haron & Wan Nursofiza Wan Azmi. 2005. Marketing StrategyOf Islamic Banks: A Lesson From Malaysia.

Wan Marhaini Wan Ahmad & Ana Shakirah Md Shafik@Sapir. 2019. Zakat On Banking Deposits Among Urbanite Muslims. Proceedings of the 1st Kedah International Zakat Conference 2019. hlm. 903-911.


URL



  Back   View in JFatwa