Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan dan Peranan Amil Kariah: Satu Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor

Payment of Zakat Fitr Based on Price of Rice Consumed and The Role of Amil Kariah: A Study in Hulu Langat District, Selangor

Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Vol. 17 No. 2   (Page 355-395)

  View in JFatwa

Sayidah Nafisah Abdul Rahman (Author)
Hairunnizam Wahid (Author)

Abstract

Zakah is the third pillar of Islam. Zakah al-fitr is a zakah that is obligatory upon every Muslim. The amount of zakah al-fitr that was set by the state of Selangor is RM7 per head. However, Selangor Zakat Board (LZS) has an encouragement campaign of “Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan” which aims to ensure Muslims in the state of Selangor pay zakat fitrah based on their economic status as measured by the rice consumed. Hence, this study aims to examine the awareness of zakah payers in Selangor on the promotional campaign, the media delivery medium and the public's response in implementing it. In addition, the study also examines the factors that encourage Muslim societies to pay zakah al-fitr including the role of amil kariah zakah al-fitr in the success of the promotion campaign. This study focuses on Muslim community respondents in Hulu Langat, Selangor. This study also focuses on respondents who perform prayers in congregation at the mosque. The results showed that the majority of respondents paid zakah al-fitr at RM7 per head, according to the rice consumed, namely the 'Super Special Local' rice. The study also found that the majority of respondents heard the encouragement campaign through Friday's sermon and talks at the mosque and they also agreed on the role of amil kariah zakah al-fitr in conveying the promotion campaign. Some suggestions and policy implications are also discussed in this study.

Abstrak

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Zakat fitrah pula adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim. Kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh negeri Selangor ialah RM7 bagi satu kepala. Walaupun demikian, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengadakan kempen galakan “Jom Bayar Zakat Fitrah Ikut Harga Beras Yang Dimakan” yang bertujuan untuk memastikan individu Muslim di negeri Selangor membayar zakat fitrah berdasarkan status ekonomi mereka yang diukur berdasarkan beras yang dimakan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran pembayar zakat di negeri Selangor terhadap kempen galakan tersebut, medium penyampaian kempen tersebut dan sambutan masyarakat dalam melaksanakannya. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji faktor-faktor yang mendorong masyarakat Muslim membayar zakat fitrah termasuklah peranan amil kariah zakat fitrah dalam menjayakan kempen galakan tersebut. Kajian ini menumpukan kepada responden masyarakat Muslim di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini tertumpu kepada responden yang menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Hasil kajian mendapati majoriti responden membayar zakat fitrah pada kadar RM7 bagi satu kepala mengikut beras yang dimakan iaitu beras ‘Super Special Tempatan’. Kajian ini juga mendapati majoriti responden mendengar kempen galakan tersebut melalui medium khutbah Jumaat dan ceramah di masjid serta mereka juga bersetuju peranan amil kariah zakat fitrah dalam menyampaikan kempen galakan tersebut. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.  


References

Al-Quran.

Abdul Salam. 2016. Konsep zakat fi sabilillah pada zakat menurut Imam Syafi’I dan Yusuf Qaradawi. Skripsi, Syariah dan Ekonomi Islam. Uin Antasari Banjarmasin.

Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid. 2017. Pembayaran zakat pendapatan melebihi kadar kewajipan zakat: kajian dalam kalangan kakitangan kerajaan di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Prosiding PersidanganKebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 64 – 73.

Ahmad Mukhlis & Irfan Syauqi Beik. 2013. Analisis faktor-faktor yang memengaruhi tingkat kepatuhan membayar zakat: studi kasus Kabupaten Bogor. Jurnal al-Muzara’ah 1(1): 83 – 106.

Ajzen, I. 1991. The theory of planned behaviour. Organizational Behaviour And Human Decision Processes 50: 179 – 211.

Al-Bukhari. 2015. Ringkasan Shahih Bukhari. Az-Zabidi. Harun, Lc. & Zenal Mutaqin, Sag. Bandung: Penerbit Jabal.

Fawzan, Salih. 2005. A summary of Islamic Jurisprudence. Jilid 1.

Fidlizan Muhammad, Salwa Amirah Awang & Abdul Majid Tahir Mohamed. 2012. Kepatuhan membayar zakat: analisis bocoran dalam kutipan zakat fitrah. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 9(1): 233 – 250.

Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak & Salwa Amirah Awang. 2015. Ketirisan bayaran zakat fitrah terhadap institusi formal di Malaysia. Sains Humanika 5(1): 27 – 32.

Hairullfazli Mohammad Som & Azman Ab Rahman. 2011. Konsep amil dan peranannya dalam pengurusan zakat. Kajian Syariah dan Undang-Undang 3(1): 1 - 17.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor. 2007. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat 29:53 – 70.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2012. Melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat: peranan institusi masjid di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance 3: 71 – 83.

Lembaga Zakat Selangor. Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Dimakan. https://www.zakatselangor.com.my/fitrahhargaberas/ [5 Disember 2018].

Mohd Ali Mohd Noor, Hairunizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia, Islamiyyat 26(2), 59-68.

Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohamad Ali Roshidi Ahmad, Azila Abdul Razak & Nurhanie Mahjom. 2013. Analisis kepatuhan membayar zakat fitrah di Selangor. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII 2013 2: 586 – 592.

Mujaini Tarimin. 2005. Tanggungjawab amil dalam konteks kontemporari. Zakat: menuju pengurusan profeional. https://books.google.com.my/books?redir_esc=y&id=InVm6T-BEeYC&q=amil#v=snippet&q=amil&f=false [1 Ogos 2018].

Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki & Amir Shahruddin. 2006. Factors influencing individual participation in zakah contribution: exploratory investigation. Seminar for Islamic Banking and Finance 2006 (iBAF 2006), 29 – 30 August 2006, Kuala Lumpur (Faculty of Economics and Muamalat, KUIM, Nilai NS).

Muhammad Syukri Salleh. 2006. Penyetempatan pengagihan zakat: Satu cadangan teoritis. Dlm. Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan, disunting oleh Hailani & Abdul Ghafar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norizan Abdul Razak (2003) Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian secondary school. Tesis Dr.Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Qardawi, Yusuf. Fiqh Al Zakah a comparative study of zakah regulations and philosophy in the light of Qur’an and Sunnah. Jilid 1. https://islamfuture.wordpress.com/2010/07/05/fiqh-az-zakat-a-comparative-study-volume-i-by-yusuf-al-qaradawi/ [27 Ogos 2018].

Qardawi, Yusuf. Fiqh Al Zakah a comparative study of zakah regulations and philosophy in the light of Qur’an and Sunnah. Jilid 2. https://islamfuture.wordpress.com/2010/07/05/fiqh-az-zakat-a-comparative-study-volume-ii-by-yusuf-al-qaradawi/ [27 Ogos 2018].

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Penerimaan dan tanggapan masyarakat terhadap sumber zakat harta yang diikhtilaf. Islamiyyat 27(1): 45 65.

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Sumber zakt: perluasan terhadap harta yang diikhtilaf. Jurnal Syariah 13(1): 135 – 162.

Sekaran, U. 2003. Research methods for business: A skill-building approach. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=Ko6bCgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA19&dq=Sekaran,+U.+2003.+Research+methods+for+business:+A+skill-building+approach&ots=2B1Q_0Q0qL&sig=QQkAoJtzWa3ycXRQ4mlqpmCgUtM#v=onepage&q=30&f=false [25 Disember 2018].

Shahremie Teja. 2016. Kaedah Penyelidikan (persampelan). https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan [24 Disember 2018].

Siti Saufirah Mohd Tahir, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2016. Kepatuhan membayar zakat fitrah: analisis kutipan dan ketirisan pembayaran zakat fitrah di Terengganu. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 7: 64 – 74.

Wmkfirdaus. 2015. Pensampelan Dr. Kamarul. https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/pensampelan?next_slideshow=1 [24 Disember 2018].


URL



  Back   View in JFatwa