Article


Home   /   Journal Index   /   View Article

Hukum Pemakaian dan Zakat Suasa dan Emas

Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Vol. 2 No. 1   (Page 73-89)

  View in JFatwa

Ahmab Zaharubbin Sani Ahmab Sabri (Author)

Abstract

Dunia sudah melangkah ke zaman era kemajuan dengan kapasiti masyarakat sudah mampu memiliki tahap ekonomi yang stabil juga sudah boleh memiliki sesuatu barangan yang bukan sahaja bagi kegunaan keperluan bahkan untuk perhiasan dan kemewahan. Emas dan perak merupakan salah satu barangan perhiasan yang amat digemari untuk dimiliki sebagai lambang status kebanggaan seseorang individu malah ia juga sebagai satu bentuk pelaburan berguna kerana emas  dan perak merupakan harta yang semakin tinggi nilai dan harganya selepas pembelian. Lantaran permintaan yang tinggi terhadap barangan ini maka, emas dan perak telah direvolusikan dalam pelbagai bentuk hasil dari perkembangan teknologi dan kemahiran pakar yang semakin meningkat. Percampuran emas dan perak, tembaga dan emas, termasuk juga aloi serta palladium dengan emas juga akhirnya membentuk pelbagai jenis barangan perhiasan lelaki dan wanita seperti yang ada di pasaran kini antaranya seperti emas putih dan suasa. Namun disebabkan berlakunya revolusi ini banyak permasalahan baru yang timbul dan perlu dicari resolusi penyelesaiannya. Bila emas ini dijadikan bentuk barangan keperluan seperti pinggan mangkuk, gelas dan sebagainya, bagaimana pula hukumnya disisi Islam. Apakah hukum pemakaian emas putih dan suasa? Bagaimana pula dengan pembayaran zakat? Apakah hukum pembayaran zakat emas putih dan apakah ada keperluan pembayaran barangan emas yang menjadi mas kahwin kerana ia bukan barangan perhiasan. Kepada siapakah hak esklusif emas putih dan suasa ini jika emas memang untuk wanita dan perak untuk lelaki? Justeru itu, kajian ini akan cuba merungkai pandangan, qawl-qawl yang terpilih di samping membuat juhud melalui pena’kulan aqliah terhadap senario permasalahan semasa kini.


References

A.Hassan (1985). Soal Jawab Masalah Agama. Bangil
Ahmad Abdul Aziz Al-Mazini. (1989). Panduan Mengeluarkan Zakat. Al-Rahmaniah.
Ali Akbar Osman. (1995). Mengapa Perlu Membayar Zakat? Apakah Kelebihan Zakat? Apakah azab jika tidak membayar zakat?. Al- Hidayah Publishers.
Amir Hamzah Fakhruddin (2000). Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita 1, Disusun Amin bin Yahya Al-Wazan. Darul Haq hal. 208- 212.
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (1998). Kitab flkah mazhab Syafle : menghuraikan bab sumpah & nazar, pemburuan & penyembelihan, aqiqah, makanan dan minuman, pakaian & perhiasan dan kafarah . Pustaka salam, Kuala Lumpur
Dr. Abdul Aziz Bin Muhammad (1993). Zakat and Rural Development In Malaysia. Berita Publishing, Kuala Lumpur.
Dr. Yusuf Qardhawi (1980). Al-Haram Wal Haram Fil Islam. al- Maktab al-Islam Beirut
Dr. Yusuf Qardhawi (2002). Nahw Fiqh Taysir Maktabah wahbah. Kaherah
F S A Majeed (1993), Zakaat Questions & Answers. Singapore
H. Abdur Rachim (1987), Syariat Islam: Tafsir Ayat-Ayat Ibadah. Rajawali Pers, Jakarta.
Hj. Hassan Al Fadhilah Saei (1980). Zakat Dan Sumbangan kepada Ekonomi Negara. Universiti Utara Malaysia.
Haji Osman Bin Jantan (1990), Pedoman Ilmu Fiqh. Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam Al-Muhaqqiq Ibn Rajab Al-Hanbali (1981). Ahkam Al- Khawatim. Penerbitan Hizbi.
Imam Ibn Hazm (1989). Al Muhalla. Amerika Trust Publication.
Imam Ibnu Qudamah Al Maqdisi (2007). Al-Mughni. Pustaka Azzam.
Imam Ghazali (1963). Ihya’ Ulumuddin. Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Muhammad ‘Athiyah Khumais. (1985). Fiqih Wanita tentang Puasa dan Zakat. Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Muhammad ‘Athiyah Khumais. (1987). Fiqh Wanita Zakat dan Puasa. Penerbitan Hizbi.
Ny. Adlshiyah Sunarto, M. Multazam (1989). Dr Mustofa Diibul bigha flqih syafii terjemahan st tahdzib. Klang Book Centre.
Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy. (1989). Pedoman Zakat. Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Sahih Muslim, http://www.sahihmuslim.com, diakses pada 28 September 2007.
Sayid Sabiq (1987). Fikih Sunnah. Pustaka Al-Azhar.
Syaikh Hasan Ayyub (2004). Fikih Ibadah. Pustaka Al-Kautsar. Jakarta Timur.
Ust Ishak Din, Dato’ Dr. Haron Din, Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz (1999). Fiqh Harian. Hizbi. Shah Alam.
Wahbah al-Zuhaili (1994). Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid II. Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/12/hukum-emas-putih/, diakses pada 16 September 2007.
http://muridqaradhawi.blogspot.com/Z007/07/emas-dan-sutera-asli- haram-untuk-orang.html, diakses pada 13 September 2007.
http://www.sinarharapan.co.id/feature/Tren/Z004/0210/tren01.html, diakses pada 24 Ogos 2007.


URL



  Back   View in JFatwa